dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Chengal, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Ict Siri 15

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2018 telah diadakan Kelas ICT siri 15 di Pusat Internet Kampung Chengal. Kursus ICT bagi siri ini melibatkan seramai 5 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampong Chengal. Kursus ini adalah kesinambungan daripada kelas yang sebelumnya. Kelas ICT ini telah dijalankan atas kerjasama bersama dengan pihak Sekolah.

Sesi kelas yang berlangsung pada kali ini adalah dengan mendedahkan para pelajar dengan lawam web untuk membuat “Greeting Card” untuk pelbagai jenis majlis. Para pelajar diajar mengubah template yang telah disediakan secara percuma didalam laman web tersebut. Kreativiti pelajar diuji untuk menghasilkan kad yang cantik dan menarik.

Antara objektif lain dan matlamat kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan daya kognitif dan kreativiti pelajar untuk menghasilkan sesuatu tugas yang diberikan. Melalui kelas ini, para pelajar dapat menguji dan menilai kebolehan mereka sendiri dalam menghasilkan sesuatu perkara.

Selain daripada proses pembelajaran, kelas ini juga mewujudjkan suasana muhibah dan takrif antara tenaga pengajar dan pelajar. Tenaga pelajar akan seronok mengajar dan pelajar gembira belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.