dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung Chengal, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT Siri 13

21 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2018 Program Kelas ICT Siri 13 diteruskan lagi dan program ini melibatkan pelajar SK KG Chengal. Program ICT ini merupakan kesinambungan aktiviti dan juga latihan yang akan diadakan secara bersiri oleh Pusat Internet Kg Chengal kepada para pelajar dan juga komuniti setempat. Pada sesi pengajaran Kelas ICT pada kali ini pelajar diajar bagaimana untuk menyusun data atau item mengikut urutan dalam MS Excel.

Pelajar belajar bagaimana untuk menyusun data atau 'sorting' sama ada secara menaik atau menurun. Fungsi ini membolehkan kita menyusun senarai nama secara menaik (A-Z) atau sebaliknya. Juga, kita boleh menyusun nombor dengan nilai dari tinggi ke rendah (10-1) dan sebaliknya. Untuk bahagian pertama kelas ini, pelajar akan menyusun (sort) data untuk satu lajur (single column). Sebagai contoh, pelajar disuruh menyusun senarai nama mengikut urutan menaik iaitu nama yang bermula huruf A akan berada disenarai teratas dan diikuti abjad seterusnya.

Kelas yang berlansung Bilik Latihan Pusat Internet Kg Chengal, selama 3 jam bermula dari 9 pagi ini dihadiri oleh seramai 5 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.